Rabu, 19 Mac 2014

IBU Ini Diludah,Dipukul Anaknya


















Alor Gajah: “Saya lebih rela dia dipenjara daripada tinggal serumah dengan kami,” kata ibu tunggal dikenali sebagai Rozimah, 56, yang menjadi mangsa belasahan anak sulungnya sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, dia bukan hanya diludah dan dilempar dengan kata-kata kesat, malah dia yang menghidap sakit sendi turut dipukul menggunakan kayu oleh anak lelakinya berusia 17 tahun itu sekiranya permintaan remaja berkenaan tidak dipenuhi.
Rozimah berkata, anaknya itu yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hujung tahun ini, mula bersikap agresif selepas terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. 

Katanya, anaknya itu tergamak menjadikan rumah mereka di Kuala Sungai Baru, di sini, sebagai tempat menghisap dadah dengan membawa rakannya bermalam di kediaman berkenaan.



Foto
ROZIMAH trauma dengan tindakan ganas anak sulungnya.

“Dia terlalu kasar dan ganas, malah sering mengamuk meminta wang sedangkan saya sendiri hanya mengharapkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


“Apabila permintaannya tidak dipenuhi, dia akan mengamuk dan pastinya anak bongsu saya berusia 14 tahun menjadi mangsa belasahan apabila dia sanggup memijak kepala adiknya itu menggunakan kedua-dua belah kaki,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan