Khamis, 20 Mac 2014

Pertama Kali Sarimah Ibrahim Bercinta Dengan Jejaka Melayu !



Penyanyi Sarimah Ibrahim mendedahkan bahawa dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka Melayu yang baru dikenalinya sejak tiga bulan lalu.

Bukankah lebih baik untuk memiliki sebuah kereta jenama baru tanpa membayar [ klik baca selanjutnya ]

Sarimah, 36, berkata, ini merupakan kali pertama dia menjalinkan hubungan dengan lelaki berbangsa Melayu memandangkan sebelum ini hanya jejaka Inggeris menjadi pilihan hatinya.

"Mungkin apabila usia semakin matang, saya lebih mencari keselesaan dan keserasian dalam menjalinkan hubungan cinta.


"Pengalaman bercinta juga berkahwin dengan lelaki berbeza budaya bukannya mudah. Sukar untuk kita menyesuaikan diri. Alhamdulillah, akhirnya hati saya melekat pula dengan lelaki Melayu bernama Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang kini berusia 42 tahun.


"Lagipun saya perlukan seorang lelaki yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan terutamanya berkaitan perihal agama," katanya kepada mStar Online.

Tambah Sarimah, keikhlasan Najimmudin membuatkan Sarimah terpikat dengan lelaki tersebut dan berharap agar kedua-dua mereka ditakdirkan bertemu jodoh bersama.

Sementara itu, Sarimah yang juga merupakan penyampai radio Mix FM bersama gandingannya iaitu Rod menganjurkan kempen mencari pasangan untuk Sarimah iaituDesperately Seeking Sarimah menerusi stesen radio tersebut.

Kempen itu dianjurkan sendiri oleh Rod sebelum mengetahui bahawa Sarimah sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati.

"Kalau nak tahu, sebelum ini Rod dengan beraninya menganjurkan Desperately Seeking Sarimah, kononnya mahu tolong mencari pasangan untuk saya.

"Memandangkan dia tidak tahu yang saya sudahpun mempunyai kekasih, saya layankan sahaja. Tidak sangka pula Rod emngambil perkara itu begitu serius.

"Sehinggakan, seramai 10 lelaki penyertai kempen itu, hanya tiga saja dipilih. Bagaimanapun saya terpaksa menjelaskan kepada ketiga-tiga lelaki tersebut yang sebenarnya saya sudah mempunyai pasangan sendiri. Walaupun sedikit kesal, mujurlah mereka memahami," ujarnya

Dalam perkembangan lain, Sarimah bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru berjudul You On My Mind. Lagu tersebut turut menampilkan penyanyi Simon J Bailey.




1 ulasan: