Rabu, 16 April 2014

Apabila orang kata isteri saya bersikap bongkak - FIZO OMAR



Pelakon Fizo Omar, 29, menafikan kenyataan dalam Mawar Fareeda Fanpage ditulis oleh isterinya, Mawar Abdul Karim, 24.

Menurut Fizo, kenyataan yang dikatakan agak sombong oleh orang ramai itu bukan ditulis oleh Mawar tetapi daripada pihak yang mengendalikan laman sosial tersebut.

Antara ayat yang ditulis di fanpage itu, jika ingin berfesyen tengoklah kemampuan diri. Fareeda ada juga menawarkan selendang di bawah RM100.

"Apabila orang mengatakan isteri saya bersikap bongkak dengan menulis di laman sosial, jujurnya Mawar tidak pernah aktif dalam mana-mana laman sosial . Memang saya mahu minta maaf di atas ketelanjuran pentadbir yang menguruskan facebook itu.
"Malah pihak kami sendiri akan ambil tindakan. Kalau dilihat apa yang disebarkan memang ada unsur sabotaj apabila apa yang disebarkan itu sendiri sudah berlainan daripada apa yang cuba disampaikan pentadbir facebook itu sebelum ini," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Dalam waktu yang sama, Fizo berharap pihak berkenaan tidak mensensasikan berita rampasan tudung tiruan Fareeda.

Katanya, melihat kesusahan yang dilalui oleh Mawar, dia percaya tindakan rampasan itu bagi melindungi bukan sahaja syarikat milik isterinya tetapi juga ratusan pekerja yang berada di bawah Fareeda Global Resource.

“Mereka yang berkenaan perlu faham bukan pihak Fareeda yang merampas, kami tidak ada kuasa seperti itu. Yang mampu berbuat demikian adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

  “Jangan fikir kami cuba menutup periuk nasi sesiapa, kami juga mempunyai tanggungjawab untuk melindungi pekerja yang bersusah payah dengan kami. Lagi pula, rekaan tudung Fareeda sudah didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sejak dari tahun 2008 lagi, sebab itu tidak boleh sewenang-wenangnya menciplak," katanya.  

Sebelum ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat rampasan tudung tiruan Fareeda di dua buah premis kedai di Batu Cave, Klang dan empat kedai di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

0 ulasan:

Catat Ulasan