Ahad, 6 April 2014

Kapal pertahanan Australia kesan Satu lagi isyarat #Pray4MH370





PERTH - Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan satu isyarat ketika menyertai operasi mencari penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi awal pagi tadi.

Perkembangan terbaharu ini menyusuli dua denyut pendek yang juga dikenali sebagai isyarat akustik yang dikesan 36 jam lalu dan pada petang Sabtu oleh kapal China, Haixun 01.


***Ini khas untuk semua jejaka [ klik untuk selanjutnya ]


Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata setakat ini belum dapat diputuskan sama ada untuk mengesahkan atau menolak petunjuk itu memandangkan siasatan masih berjalan.

"Kapal HMS Echo dalam perjalanan ke lokasi Haixun 01 manakala Ocean Shield sedang menyiasat isyarat itu menggunakan peralatan bawah permukaan air," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya jarak antara Haixun 01 dan Ocean Shield ialah kira-kira 300 batu nautika.| Sinar Harian Online



0 ulasan:

Catat Ulasan