Ahad, 6 April 2014

Kenapa Pesawat AirAsia ke Alor Setar dilencong ke Pulau Pinang ?






Alor Setar 5 April - Sebuah pesawat syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang yang sepatutnya mendarat di sini pagi tadi telah dilencongkan ke Pulau Pinang dipercayai akibat cuaca buruk.

Menurut salah seorang penumpang pesawat terbabit yang tidak ingin dikenali, pesawat AK6012 itu berlepas dari LCCT pada pukul 7.05 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di sini pukul 8.05 pagi.

''Sebaik sahaja memasuki ruang udara negeri ini kami dimaklumkan kapten juruterbang bahawa pesawat terpaksa dialihkan ke lapangan terbang Pulau Pinang akibat cuaca buruk,'' katanya di sini hari ini.

Difahamkan pesawat terbabit turut membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dijadualkan menghadiri satu program di Gurun pagi tadi.


***Ini khas untuk semua jejaka klik untuk selanjutnya ]

2 ulasan:

  1. Nasib baik melencong ke Pulau Pinang.

    BalasPadam
  2. Cuaca pun dah tak nak terima kamu apatah lagi bumi.....nauzubillah.....bawa2 bertaubat dan nasihat2lah mereka yg diatas yg masih munafikun.....ALLAH SWT SESUNGGUHNYA AKAN MENGAJAR MANUSIA YG MUNGKAR.....

    BalasPadam