Isnin, 9 Jun 2014

Ganjaran RM16 juta jika berjaya selesaikan misteri MH370 ?





Kuala Lumpur: Beberapa ahli keluarga penumpang tragedi MH370 melancarkan kempen bagi mengumpul wang ganjaran sebanyak RM16 juta kepada mana-mana pihak yang berjaya menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu.
Kempen “Reward MH370” itu dilancarkan menerusi laman web Indiegogo bagi menggalakkan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tragedi itu untuk tampil ke depan.


Selepas anda melihat ini, anda akan percaya bahawa tiada apa yang mustahil [ klik untuk lihat ]


Kempen ini mensasarkan dapat mengumpul sekurang-kurangnya RM16 juta menerusi Indiegogo untuk memperoleh maklumat itu.

Penganjur kempen itu, Ethan Hunt yakin ada pihak yang mempunyai maklumat terperinci berkenaan kehilangan pesawat MH370.

“Kami berharap ganjaran ini akan menarik perhatian pihak berkenaan untuk tampil ke depan dan mendedahkan perkara sebenar,” katanya.



Sementara itu, Sarah Bajc, kekasih kepada penumpang warga Amerika Syarikat, Philip Wood berkata, beberapa ahli keluarga mangsa tragedi MH370 turut menyertai kempen itu.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa seramai 239 penumpang termasuk anak kapal.

Beberapa minggu selepas itu, pesawat Boeing 777 berkenaan dipercayai mengakhiri perjalanan di Lautan Hindi namun sehingga kini operasi mencari dan menyelamat belum menemui sebarang serpihan pesawat.

1 ulasan:

  1. aku tak nak 16 juta, tapi 75 juta, baru berbaloi utk selesaikan misteri MH 370. Sebab banyak pihak yang terlibat "menyembunyikan pesawat tersebut.

    BalasPadam