Ahad, 8 Jun 2014

LELAKI Hidung belang ! perdayakan 11 wanita di laman sosial Facebook

Gambar Hiasan























Hidung belang! Itulah yang boleh diumpamakan kepada seorang lelaki apabila dalam tempoh setahun dia telah memperdayakan 11 wanita yang dikenalinya menerusi laman sosial Facebook.

Kelicikannya menipu daya mangsa membolehkannya mengikis wang lebih RM50,000 untuk berjoli dengan wanita lain.

Dengan menggunakan helah sama, lelaki berasal dari Sarawak itu mendakwa dirinya bekas anggota penguat kuasa yang kononnya datang ke Semenanjung untuk memulakan hidup baru selepas bercerai dengan isterinya.

Seorang mangsa, Noor Amira Zakaria, 25, mendedahkan, dia tidak menyangka dirinya turut terjerat dengan permainan kotor lelaki yang dikenali Mohd Firdaus Joe Abdullah berusia 35 tahun yang dikenalinya pada Disember tahun lalu.

“Sebelum berjumpa dengan dia di sebuah pasar raya di Klang, saya terlebih dulu berkenalan dengannya menerusi Facebook selama enam bulan. Selepas tiga kali bertemu, dia yang dakwa telah duda ajak saya kahwin.

“Masa tu saya tak fikir apa-apa sebab menyukainya. Bila nak buat persiapan kahwin, dia minta saya buat pinjaman peribadi, dengan alasan dia tak boleh buat pinjaman sebab tak ada kerja tetap.

“Kerana sayang, saya turutkan kehendaknya. Kami beli cincin dan barangan perkahwinan bersama. Tak lama selepas tu, dia minta wang dengan alasan nak beli set katil u kami dan barang-barang lain.

“Mula-mula saya bagi RM3,000, kemudian dia minta lagi RM3,000 sehingga habis RM13,000 yang disimpan untuk kenduri kahwin,” katanya bingung memikirkan hutang yang terpaksa ditanggung selama lima tahun.

Noor Amira berkata, selepas itu lelaki berkenaan mula menjauhkan diri dan memberi pelbagai alasan tidak mahu berjumpa menyebabkan dia terfikir untuk mencarinya di Facebook selepas gagal menghubunginya.

“Saya terkejut apabila ada seorang perempuan dikenali sebagai Ashikin menegur dalam wall Facebook. Perempuan tu minta saya menghubungi dia untuk mengetahui belang sebenar lelaki itu.

“Bila saya hubungi perempuan tu, dia turut mengakui jadi mangsa lelaki sama. Namun, dia hanya kerugian RM500 dan seorang lagi wanita yang dikenali sebagai Haiza turut kerugian lebih RM50,000 kerana lelaki itu.

“Luruh hati saya bila dapat tahu perkara ini. tak mahu diri terus diperbodohkan, saya pergi ke rumah sewa lelaki tu untuk menuntut semula wang yang digunakan. Bila saya jumpa dia, dia tak tunjuk reaksi terkejut pun malah berjanji nak pulangkan duit dalam masa terdekat.

“Tapi sampai sekarang dia lesap. Dipercayai pulang ke Serawak. Bila abang sepupu saya hubungi dia untuk selesaikan masalah ni, dia berani pula ugut nak bunuh. Sebab itulah saya buat laporan polis.

“Saya berani buat pendedahan ini sebab tak mahu ramai wanita di luar sana menjadi mangsa lelaki ini. Dia memang pandai bermain kata-kata sehingga sanggup menggunakan agama Islam untuk mendekati mangsanya,” katanya  | SH FB

1 ulasan: