Jumaat, 13 Jun 2014

Uqasha Senrose Kini Berhijab

Kalau anda mengikuti perkembangan Uqasha Senrose melalui akaun Instgram, pasti anda akan perasan yang pelakon ini sudah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan dirinya kini bertudung atau berhijab.

Ramai tertanya tanya sama ada benar Uqasha Senrose sudah berhijrah atau sekadar satu lagi tuntutan watak dalam drama yang perlu beliau penuhi. Dalam kenyataan kepada portal GUA hari ini, Uqasha Senrose mengesahkan yang beliau sudah berhijrah.


 

“Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yang saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu juga mengenai perkara ini,“ jelasnya.

Uqasha Senrose dalam kenyataan sama juga menafikan yang keputusan beliau untuk bertudung didorong oleh faktor luaran terutamanya lelaki dan berharap perkara baik ini akan kekal.

“Saya pakai tudung atas diri saya sendiri. Jika pakai kerana dipaksa, perkara ini tidak akan kekal. Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan. Saya harap orang mendoakan yang baik-baik untuk saya,“ tambahnya.

Baguslah Uqasha Senrose sudah mahu berubah ke arah yang lebih baik, bukan tidak baik sebelum namun perubahan itu perlu ‘kan untuk semua orang. Tahniah!

1 ulasan:

  1. Semoga berpanjangan dan bukannya sekadar lakonan artis..

    BalasPadam