KUANTAN - Seorang buruh warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas dua tuduhan mencabul gadis ketika berada di tapak Bazar Ramadan Jalan Mahkota di sini, 15 Julai lalu.
Tertuduh, Malik Sarman, 46, mengaku bersalah bagi kedua-dua tuduhan sebelum dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu dan didenda RM1,000 atau penjara tiga minggu bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, hukuman penjara yang dihadapi berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.
Berdasarkan pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah mencabul dua gadis berusia 24 dan 18 tahun dengan menyiku buah dada mangsa tanpa kerelaan.
Perbuatan nakal yang dilakukan terhadap kedua-dua gadis itu berlaku serentak kira-kira jam 7.15 petang.
Tertuduh dihadapkan ke mahkamah semalam bagi menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebatan atau dua daripada hukuman tersebut.
Padah cabul gadis di bazar Ramadan
Related Posts:
( VIDEO INSIDE ) TUNKU JALIL BOMOH ADINDANYA DENGAN TELUR Sungguh tak di sangka-sangka rupa-rupanya Tunku Jalil memang berkebolehan untuk menjadi bomoh. Lihat video di bawah sebagai bukti: … Read More
GAMBAR SITI DI FITNAH SEBAGAI YANA FMC ? Kesian pulak aku.. Nama di sebut orang lain tapi gambar yang bertebaran di alam maya sambil di hambur dengan kata2 kesat, caci maki bagai orang lain… Read More
NAHAS DUKE : FMC Beri Sumbangan Gula Dan Beras Tanda Pendamaian Kepada Keluarga Mangsa!! KUALA LUMPUR - Keluarga mangsa nahas kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Fairuz Nizam Husain meminta ahli kelab kereta Familia Myvi … Read More
SADIS!! ISIS JALANKAN HUKUMAN DENGAN MELEMPAR BATU BLOK BESAR KE KEPALA Gambar mengejutkan oleh kumpulan militan Isis dengan melemparkan batu blok ke kepala tahanan. Hukuman ini telah dijalankan di wilayah Nineveh … Read More
AL-FATIHAH..Nor Artikah Alias Mangsa Kebakaran di Moscow Meninggal Dunia Pelajar Wanita Mangsa Kebakaran di Moscow Meninggal Dunia | Kuala Lumpur : Seorang pelajar Malaysia yang cedera dalam kebakaran asrama 22 A… Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan