Isnin, 29 September 2014

The Band Jelas Sebab Kenapa Tak Bayar Awal Ashaari


Byar RM0 dapat HTC Desire smartphone?!

Selepas pengacara The Band, Awal Ashaari melahirkan kekesalannya terhadap pihak produksi program realiti tersebut yang dikatakan tidak menjelaskan sepenuhnya baki bayaran tugasnya, syarikat produksi I Like Entertainment Sdn Bhd yang bertanggungjawab menerbitkan program tersebut akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan.

Dalam sidang akhbar yang berlangsung di pejabat syarikat tersebut di Menara Kelana Park View pada Jumaat, Ketua Pegawai Operasi I Like Entertainment Sdn Bhd, Ghazali Ismail menjelaskan isu yang tercetus hanyalah disebabkan salah faham antara pihaknya dengan pengacara tersebut.

“Apa yang berlaku adalah disebabkan salah faham. Sebelum ini kami cuba menjelaskan mengenai perkara ini kepada Awal, namun disebabkan faktor seperti kekangan masa, kami tidak dapat mencari masa yang sesuai untuk berjumpa dengannya,” ujar Ghazali kepada media yang hadir.

Dalam laporan yang disediakan oleh beberapa media sebelum ini, Awal dikatakan masih tidak menerima bayaran tertunggak sebanyak 80 peratus walaupun program tersebut sudah tamat sejak tiga bulan lalu. Ditanya kepada pihak berkenaaan apakah punca kelewatan pihaknya menjelaskan bayaran tertunggak itu kepada Awal, ini jawapannya. |gua.com.my

Ketua Pegawai Operasi I Like Entertainment Sdn Bhd, Ghazali Ismail


“Masalah penangguhan adalah perkara biasa yang berlaku dalam dunia perniagaan. Lagipun ia bukan satu jumlah yang sedikit, jadi kami perlu ambil masa untuk menjelaskan bayarannya. Apapun, pihak kami sudah menyelesaikan perkara ini dengan Awal di mana kami sudah pun menjelaskan kesemua bayaran kepadanya baru-baru ini,” tutur Ghazali sambil memberitahu hubungan pihaknya dengan Awal masih baik.

“Kami tak ada sebarang masalah dengannya di mana kami masih lagi bercakap antara satu sama lain. Kami mempunyai hubungan yang baik dengan Awal, malah hubungan itu juga masih ada dan berterusan sehingga sekarang. Lagipun pihak kami juga tengah berbincang dengan dia mengenai perancangan beberapa projek terbaru.

InsyaAllah perkara yang berlaku tidak menjejaskan nama baik syarikat kami dan kami berharap agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Kami mahu tutup buku dan bergerak ke hadapan,” katanya sambil berkongsi pihaknya kini dalam proses untuk menerbitkan program The Band Rock.





1 ulasan: