Selasa, 30 Disember 2014

Saya tidak pernah terbabit dengan mana mana video lucah - FAZURA



Mempunyai wajah manis dan tampil anggun, Fazura membuatkan ramai merasa cemburu serta tidak terlepas dengan gosip panas.

Baru-baru ini, seorang individu telah menyebarkan sebuah video lucah menerusi e-mail didakwa milik aktres Fazura yang kini sedang popular menerusi rancangan realiti beliau sendiri Facing Up To Fazura di saluran E!.

Berita tersebut jelas menimbulkan kontroversi dan mencalarkan imej Fazura apabila bertindak tidak senonoh. Walaubagaimanapun, Fazura telah tampil menepis dakwaan tersebut sekaligus menafikan dirinya terlibat didalam video lucah tersebut.


“Saya tidak pernah terbabit dengan mana mana video lucah. Saya telah dapatkan nasihat undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan.”
Seorang individu yang tidak dikenali telah menghantar video berdurasi seminit kepada wartawan akhbar Harian Metro pada tanggal 23 Disember lalu, dimana ia memperlihatkan aksi panas seorang wanita yang wajahnya dikatakan mirip Fazura.

1 ulasan: