Isnin, 12 Januari 2015

Ziha AF14 seksi, dikecam peminat, tampil mohon maaf



BARU mahu membina nama dalam industri hiburan tanah air, Ziha yang juga bintang Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) sudah terpalit dengan cerita sensasi.

Semuanya kerana pemilik nama sebenar Nor Aziha Md Salleh, 20, ini ditegur peminat selepas tampil dengan pakaian jarang ketika muncul meraikan hari ulang tahunnya, baru-baru ini.

Bersua Ziha dalam satu majlis hiburan, gadis yang wajahnya seiras pelakon Yana Samsudin ini berkata, dia sama sekali tidak berniat untuk mencipta kisah sensasi.

Katanya, dia memohon maaf kepada peminat dan berterima kasih kepada mereka yang memberi teguran itu kepadanya.

“Saya akui ia kesilapan sendiri kerana kadang-kadang memang terlepas pandang kehidupan masa kini yang sudah berubah.
“Jika sebelum menyertai AF 2014 dulu, saya hanya gadis biasa yang langsung tidak dikenali masyarakat. Jadi, apa yang saya pakai atau lakukan tidak menjadi perhatian.
“Namun, sekarang saya perlu akur dengan perubahan kehidupan dilalui apabila masyarakat akan ambil tahu setiap gerak geri saya,” katanya.

1 ulasan: