Selasa, 17 Februari 2015

3 Gambar terakhir Eizlan Yusof & Vie Santie bersama anak-anak sebelum bercerai



Pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian selepas mendapati lafaz yang diucapkan Eizlan, 44, terhadap Vie Santie, 29, pada 28 September tahun lalu adalah sah dan mengikut syarak.

Mahkamah juga merekodkan perjanjian persetujuan bersama pasanganya itu antaranya nafkah edah diserahkan pada budi bicara Eizlan dan Vie Santie tidak akan menuntut mutaah.

Selain itu,pasangan berkenaan bersetuju hak penjagaan anak diserahkan kepada Vie Santie namun Eizlan diberi hak bersama dan bermalam dengan tiga anak mereka pada bila-bila masa yang munasabah.

Vie Santie, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan V Zaalia berusia antara dua hingga enam tahun.



Sumber asal / Baca selanjutnya : Harian Metro & Ohmedia










0 ulasan:

Catat Ulasan