Selasa, 15 September 2015

(GAMBAR2)Jue Aziz Yang Semakin Cantik Menawan Bertudung



Jue Aziz satu ketika dahulu memang terkenal dengan imej seksinya. Namun itu semua adalah kisah lama. Mendapat hidayah untuk bertudung selepas bermimpi bertemu arwah ayahnya, kini Jue Aziz tampak begitu menawan dan manis sekali dengan imej barunya. Malah kesemua baju-baju terlampau seksi miliknya juga telah dibuang. Satu tindakan yang amat bagus sekali.



Walaupun ada yang mencadangkan agar baju seksi tersebut dijual, namun Jue Aziz mengambil keputusan untuk membuangnya. Kata Jue Aziz:-


Alhamdulillah, saya kini lebih tenang dan selamat. Paling penting juga orang sekeliling lebih menghomati penampilan sebegini. Jika sebelum ini pelbagai persepsi negatif dilemparkan, tapi sekarang lebih ke arah positif.

Saya akui berhijab juga tak lepas daripada pelbagai dugaan. Tipu kalau saya katakan tak ada, tapi semuanya dapat diselesaikan dengan lebih tenang dan lancar. Allah SWT permudahkan jalan itu.

Ada sesetengah baju yang boleh disuai padan dengan penampilan baru ini, saya masih simpan. Kalau yang terlalu seksi saya buang terus. Ada orang cakap kenapa tak derma atau jual, tapi pada saya tak ada gunanya.

Apabila berbuat demikian, ia lagi menambah dosa. Sepatutnya kita perlu mendidik ke arah kebaikan bukannya mendorong jadi lebih negatif.



Semoga dengan penghijrahan ini, Jue Aziz akan lebih murah rezeki, diberikan ketenangan dalam hidup serta dipermudahkan segala urusan. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Harian Metro.
















0 ulasan:

Catat Ulasan