Memaparkan catatan dengan label Menarik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menarik. Papar semua catatan

Selasa, 7 Oktober 2014

17 Rahsia Pramugari Kekal Cantik Sepanjang Penerbangan !


Bukan mudah untuk maintain cantik dan segar ketika mengembara tambahan  lagi jika perlu melalui perjalanan yang panjang. Kalau anda tergolong dalam kumpulan yang menghadapi kesukaran ini, tentu anda juga adalah golongan yang kagum dengan ‘kemahiran” para pramugari dalam menjaga penampilan mereka waktu berkhidmat dalam kapal terbang. Daripada laporan Daily Mail, kami kongsikan tips dan rahsia anak kapal penerbangan Emirates kekal dengan penampilan menawan walaupun perlu bertugas dalam penerbangan untuk tempoh yang lama.
  1. Pakai produk berasaskan tumbuhan semula jadi untuk membantu melindungi kulit dan mengekalkan kelembapan kulit
  2. Untuk mekap asas ( bedak) , pilih krim berasaskan Blemish Base atau Colour Correction atau mekap berasaskan mineral
  3. Tanggalkan mekap dengan pembersih bebas alkohol dan gunakan mask muka jenis penghidratan semasa penerbangan untuk hidrat kulit
  4. Gunakan balm bibir secara berterusan untuk mengelakkan bibir daripada menjadi kering dan merekah
  5. Sebelum mendarat, dan mengenakan mekap, gunakan pembersih / exfoliator, pelembap dan gel mata
  6. Disyor menggunakan serum mata untuk mengatasi masalah mata letih dan nampak lebih bertenaga semasa mendarat
  7. Ataupun gunakan  concealers dengan reflectors cahaya untuk mengatasi mata sembap Berbanding bedak jenis powder (serbuk)  sapukan pelembap jenis tinted, untuk efek kulit yang lebih lembap diikuti dengan sedikit pemerah pipi dan pengilat bibir.
  8. Ambil inisiatif berjalan-jalan dalam kabin untuk melancarkan perjalanan darah
  9. Jangan gunakan sebarang produk pengayaan rambut untuk mengelakkan kekeringan
  10. Sapukan minyak atau serum rambut semasa berada dalam kabin,
  11. Sikat rambut dengan berus rambut daripada material kayu untuk mengelakkan kesan elektrik statik
  12. Dehidrasi akan memberi kesan kepada kulit secara umum terutamanya tangan, muka dan kutikel dalam penerbangan jarak jauh. Minum banyak air sepanjang penerbangan dan hidrat sebanyak mungkin bebrapa hari sebelum terbang dengan meminum air, buah-buahan dan jus sayur-sayuran (terutamanya timun).
  13. Sebelum berlepas, sapukan losyen atau minyak untuk badan . Jangan lupa juga tanggalkan mekap dan sapukan pelembap.
  14. Elakkan maskara kalis air kerana ia bersifat mengeringkan. Kru kabin juga menggunakan sedikit krim tangan atau pengilat  bibir untuk memastikan rambut lebih kemas dan tidak mengerbang.
  15. Gunakan semburan hidrasi untuk mengekalkan kelambapan kulit dengan cara lebih mudah dan pantas.
  16. Banyakkan minum air dan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan kandungan air seperti air kelapa.
  17. Elakkan minuman berkafein dan alkohol sebaliknya ambil jus buah-buahan semasa penerbangan.  | wanista

Isnin, 29 September 2014

Tahniah Hazzirah Izzati pelajar paling muda dianugerahkan PhD UTM

Hazzirah Izzati Mat Hassim
Kalau korang tengok video ni betul-betul, Johan ni bukan seperti yang korang sangkakan

Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu.

Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. 


Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. 

Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. 

Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. 

Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.

Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh.

 Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.

Objektif utama tesis Ph.D beliau yang bertajuk “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five” adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). 

Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku “Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis” melalui dua bab bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups” serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.

Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013. Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra Seminar di Bandung, Indonesia November 2013.

 Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).

Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.




SENARAI PENERBITAN HAZZIRAH IZZATI MAT HASSIM

Bab dalam Buku

  1. Nor Haniza Sarmin, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Siti Afiqah Mohammad, Bab dalam Buku bertajuk “A Bieberbach Group with Cyclic Point Group of Order Two and Its Homological Functors”, Recent Advances In Homological Functors and Capability of Groups. (penilaian)
  2. Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Hazzirah Izzati Mat Hassim & Rosita Zainal, Bab dalam Buku bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups”, Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis, 2012, 33-42. Penerbit UTM Press.  ISBN: 978-983-52-0896-6.
  3. Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Rosita Zainal & Ghazali Semil @ Ismail, Bab dalam Buku bertajuk “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”, Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis, 2012, 43-58. Penerbit UTM Press.  ISBN: 978-983-52-0896-6.

Jurnal


(2014)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Homological Functor of A Bieberbach Group with A Cyclic Point Group of Order Two. AIP Conf. Proc.    1605: 672-677. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
  2. Rohaidah Masri, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Generalization of of the Exterior Square of A Bieberbach Group.  AIP Conf. Proc.    1602: 849-854. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
  3. Tan Yee Ting, , Nor’ashiqin Mohd Idrus, Rohaidah Masri, Nor Haniza Sarmin,Hazzirah Izzati Mat Hassim. Homological Functor of A Torsion Free Crystallographic Group of Dimension Five with A Nonabelian Point Group.  AIP Conf. Proc.    1602: 691-695. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
(2013)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Exterior Squares of Some Crystallographic Groups. Jurnal Teknologi.    62(3): 7-13. (eISSN: 2180-3722, ISSN: 0127-9696) –diindeks oleh Scopus.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Schur Multipliers of Certain Bieberbach Groups with Abelian Point Groups. AIP Conf. Proc.    1522: 1069-1074. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
(2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali. The Nonabelian Tensor Square & Homological Functors of Some 2-Engel Groups. Jurnal Sains dan Matematik.    4(1): 53-59. (ISSN: 1985-7918).


(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad. On The Computations of Some Homological Functors of 2-Engel Groups of Order At Most 16.  Journal of Quality Measurement and Analysis (JQMA).    7(1): 153-159.
  2. Nor Haniza Sarmin, Yuhani Yusof, Hazzirah Izzati Mat Hassim & Fadila Normahia Abd Manaf, The Commutativity Degree of 2-Engel Groups of Order at Most 20.Menemui Matematik. 2011.  33(1): 1-10.

Prosiding Persidangan

Peringkat Antarabangsa

(2014)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Siti Afiqah Mohammad “The Abelianisation of Bieberbach Groups with Cyclic Point Group of Order Three”, Proceedings of International Science Postgraduate Conference 2014(ISPC 2014), pp 907-919.  ISBN: 978-967-0194-39-4.

(2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares of Some Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”, Proceedings of International Science Postgraduate Conference 2012 (ISPC 2012), pp 95-112.  ISBN: 978-967-0194-21-9.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “On A Homological Functor of Some Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, Extended Abstracts of 22nd Iranian Algebra Seminar, pp 160-163.

(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Ghazali Semil@ Ismail, “The Homological Functors of Some 2-Generator 2-Groups of Nilpotency Class Two”, Proceedings of The First Biennial International Group Theory Conference 2011 (BIGTC 2011), pp 42-43. ISBN: 978-967-0194-01-1.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups and Their Homological Functors”, Proceedings of 2nd International Conference on Mathematical Sciences (ICMS2 2010), pp 361-366. ISBN: 978-967-5878-03-9.
  2. Azrul Azim Mohd Yunus, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Mohd Sham Mohamad & Hazzirah Izzati Mat Hassim, “The Homological Functors of Some Quaternion Groups,” Proceedings of 2nd International Conference on Mathematical Sciences (ICMS2 2010), pp 384-388. ISBN: 978-967-5878-03-9.

Peringkat Kebangsaan

(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin & Nor Muhainiah Mohd Ali, “On The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of Some Finite Groups”, Prosiding Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2011 (KOLUPSI 2011), pp 177-187. ISBN: 978-983-2063-36-0.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor’ashiqin Mohd Idrus, Nor Haniza Sarmin, Robert F. Morse & Rohaidah Masri, “The Structure of The Abelianization of A Bieberbach Group”, Prosiding Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-19 (SKSM 19), pp 480-486. ISBN: 978-983-42204-8-8.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Homological Invariants of Some Bieberbach Groups”, Proceedings of National Science Postgraduate Conference 2011 (NSPC 2011), pp292-298.  ISBN: 978-967-0194-10-3.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of The Dihedral Group of Order Eight”, Prosiding Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains & Matematik 2010 sempena Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-18 (SKASM 2010 & SKSM 18), Jilid 2, pp 87-92.

Kertas Kerja yang Dibentangkan dalam Persidangan/Seminar


Peringkat Antarabangsa

(2013)
  1. Rohaidah Masri, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Generalization of the Exterior Square of a Bieberbach Group”, The Third International Conference on Mathematical Sciences, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, 17 – 19 Disember 2013.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares and Schur Multipliers of Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, Algebra Seminar, Institut Teknologi Bandung, Indonesia, 30 November 2013.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Schur Multipliers of Some Crystallographic Groups”, The Asian Mathematical Conference, BEXCO, Busan, Korea, 30 Jun – 4 Julai 2013.
  4. Rohaidah Masri, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Exterior Squares of Two Families of Torsion Free Crystallographic Groups”, The Asian Mathematical Conference, BEXCO, Busan, Korea, 30 Jun – 4 Julai 2013.
  5. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Exterior Squares and Schur Multipliers of Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, Algebra Seminar, Jabatan Matematik, Universidade de Brasilia, 17 Mei 2013.
  6. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares and Schur Multiplier of Bieberbach Groups with Elementary Abelian 2-Group as the Point Group”, The Second Biennial International Group Theory Conference 2013 (BIGTC 2013), Dogus University, Istanbul, Turki, 4 – 8 Februari 2013.

(2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Schur Multipliers of Certain Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-20 (SKSM 20), Palm Garden Hotel, Putrajaya, 18-20 Disember 2012.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares of Some Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”,  International Science Postgraduate Conference 2012 (ISPC 2012), Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor, Malaysia, 27 – 30 November 2012.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “On A Homological Functor of Some Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, 22nd Iranian Algebra Seminar, Sabzevar Tarbiat Moallem University, Sabzevar, Iran, 31 Januari – 2 Februari 2012.
(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Ghazali Semil@ Ismail, “The Homological Functors of Some 2-Generator 2-Groups of Nilpotency Class Two”, The First Biennial International Group Theory Conference 2011 (BIGTC 2011), Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu, Johor, Malaysia, 14 – 18 Februari 2011.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups and Their Homological Functors”, 2nd International Conference on Mathematical Sciences(ICMS2 2010), Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur, 30 November – 3 Disember 2010.

Peringkat Kebangsaan

(2013)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “On the Generalization of a Homological Functor of Bieberbach Group with Cyclic Point Group”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik, The Gurney Resort Hotel and Residences, Penang, 6-8 November 2013.

(2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Schur Multipliers of Certain Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik, Palm Garden Hotel, Putrajaya, 18 – 20 Disember 2012.
(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Homological Invariants of Some Bieberbach Groups”, National Science Postgraduate Conference 2011 (NSPC 2011), Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies, UTM Johor Bahru, 15-17 November 2011.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor’ashiqin Mohd Idrus, Nor Haniza Sarmin, Robert F. Morse & Rohaidah Masri, “The Structure of The Abelianization of A Bieberbach Group”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-19 (SKSM 19), Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang, 9-11 November 2011.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin & Nor Muhainiah Mohd Ali, “On The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of Some Finite Groups”, Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2011 (KOLUPSI 2011), Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, 01 Oktober 2011.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of The Dihedral Group of Order Eight”, Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains dan Matematik (SKASM 2010) bersempena Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 18 (SKSM18), The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, Johor, 8-10 Disember 2010.

Peringkat Universiti

(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin & Nor Muhainiah Mohd Ali, “The Homological Functors and Capability of Some Bieberbach Groups”, Siri Seminar Aljabar, Semester II 2010/2011 (Bahagian 3), Bilik Mesyuarat & Seminar, Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru, 7 Mac 2011.  | SUMBER

Jumaat, 26 September 2014

( 11 Gambar ) Cucu Perempuan Allahyarham Datuk Jamil Sulong, Diandra Arjunaidi Yang Tak Pernah Lihat !


ADS : Tak sampai 30 saat, budak ni buat kita lihat negara kita dalam cara yang tak ...

Bekas pengarah dan penerbit tersohor negara, Allahyarham Datuk Jamil Sulong telah disahkan meninggal dunia kira-kira 9.36 malam semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Rosnani Jamil dan tiga orang anaknya. Tidak lupa juga buat cucu perempuannya, Diandra Arjunaidi yang dilihat semakin cantik dan menawan hati mana-mana lelaki.


Sebagai cucu kesayangan, Diandra Arjunaidi mewarisi bakat seni daripada datuknya dengan memilih bidang muzik untuk dijadikan sebagai kerjaya utama. | katakcomel.my














Isnin, 1 September 2014

Sabtu, 5 Julai 2014

Nabila Huda sertai Misi KemanusiaanPrihatin Kemboja

Nabila Huda sertai Misi KemanusiaanPrihatin Kemboja | Walaupun berdepan dengan kontroversi hebat, namun Abil tetap optimis dan berlapang dada untuk menyertai Misi Kemanusiaan Prihatin Kemboja anjuran badan bukan kerajaan (NGO), Al-I'tisam Relief Program (ARP), sempena Ramadan ini.




Kata-kata hikmah dan kisah kosong kosong selebriti yang pasti menyentuh hati anda [ klik sini ]

Misi kemanusiaan yang dijalankan selama lima hari empat malam ini turut berkunjung ke beberapa buah kampung termasuk Kampung Ambel dan Phom Soi.





Selasa, 24 Jun 2014

MESTI TENGOK! Gambar Ustaz Azhar Selfie bersama isterinya






Siapalah yang tidak mengenali penceramah bebas yang digemari oleh orang ramai iaitu Ustaz Azhar Idrus kan? Bekas rockers ini sememangnya fasih dalam ilmu agama dan amatlah disukai oleh orang ramai kerana lawak sambil memberikan banyak ilmu yang bermanfaat untuk kita.



IKLAN - Rahsia-rahsia Elfira Loy yang CONFIRM, semua wanita Malaysia nak tahu.[ klik untuk selanjutnya ]



Sejak Ustaz Azhar berkahwin tahun lepas, orang ramai dilihat lebih cenderung untuk mengetahui identiti dan gambar isteri ketiga beliau yang bernama Izyan. Tiada siapa yang pernah melihat wajah sebenar isteri ketiganya tetapi orang ramai mengatakan bahawa wajah isterinya ini tersangatlah cantik.

Manakan tidak, wanita bertuah itu masih sangat muda dan mengenakan purdah ketika berkahwin sehingga menyebabkan tidak ramai peminat pendakwah terkenal itu pernah melihat wajah sebenar Izyan. Dia dikatakan amat jelita dan seorang yang memahami.





sumber

Isnin, 23 Jun 2014

JOM TENGOK 10 Artis Malaysia Dengan Keputusan SPM Cemerlang !






10 Artis Malaysia Dengan Keputusan SPM Cemerlang – Kali ini kami dapat info terbaru mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 10 artis popular di Malaysia.

Bukan apa, selain berkongsi mengenai cerita artis, boleh juga dijadikan pembekal semangat kepada adik-adik kita dimana kalangan selebriti kita bukan calang-calang juga.
IKLAN - Peluang melancong hanya dengan menggunakan kreativiti anda?? Biar betul? [ KLIK SINI ]


Jom kita lihat keputusan para artis yang berjaya dikorek. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan, tahun 90an, SPM menggunakan aggregate untuk menilai. Dan aggregate yang dikumpul akan menentukan gred atau pangkat. Semakin sikit aggregate semakin bagus la keputusan tersebut. Gred 1 pula adalah adalah lebih bagus dari gred 2 dan gred 3. - sumber syokbah

Berikut adalah 10 keputusan SPM artis/ selebriti Malaysia:


Neelofa – 10A (7A1 + 3A2), 2006
Syura – 3A spm, 2004
Siti Nordiana – 5A spm ,2000
Dato Fazley –Gred 1 Agregat 7
Diana Danielle -2A 5B
Sheila Rusly – Gred 2
Dato Siti Nurhaliza – Gred 2, Dikatakan mendapat tawaran Uitm Arau tetapi tidak lapor diri.
Syafinaz Selamat – Gred 1, Aggregate 8. SPM 1990
Najwa Latif 4 A
Nasha Aziz – Gred 1

Wartawan Paling Seksi Jadi Tumpuan Di Piala Dunia 2014 !

Wartawan Paling Seksi Jadi Tumpuan Di Piala Dunia 2014 | Selain daripada isteri dan teman wanita pemain bola sepak serta peminat bola sepak, wartawan Piala Dunia juga sangat menarik.

Wartawan berasal dari Mexico, Vanessa Huppenkothen merupakan bintang terbaru Piala Dunia.

IKLAN  -- Peluang melancong hanya dengan menggunakan kreativiti anda?? Biar betul? [ KLIK SINI ]


Aksi Vanessa menari di tepi padang berpakaian seksi mencuri perhatian peminat sukan termasyhur dunia ini.

Kini Vanessa dinobatkan sebagai wartawan kesukaan semua ketika Piala Dunia!





Rabu, 18 Jun 2014

[Wajib Baca] Ku Sangka Orang Gila..Rupanya Lagi Mulia

gambar hiasan

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.


Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.


Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.


Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.


Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?


Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...


Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.


Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai
berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.


Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt - TS