Jumaat, 9 Mei 2014

Hafiz Hamidun Bukan Lelaki Idaman Saya" - Heliza Helmi







Penyanyi Heliza Helmi berharap namanya tidak lagi dikaitkan dengan artis Hafiz Hamidun kononnya mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.




Apa yang istimewa dan "X-tra" yang menarik mengenai kereta baru Kuah Jenhan ini? [ klik untuk ketahui lebih lanjut ]


Heliza, 28, berkata, Hafiz bukanlah ciri-ciri lelaki yang diimpikannya untuk dijadikan suami tetapi dia lebih menganggapnya sebagai seorang abang yang boleh memberi nasihat selain rakan seangkatan dalam bidang muzik tempatan.

"Saya tidak faham mengapa orang suka mengaitkan saya dengan Hafiz sedangkan tiada apa yang berlaku pun di antara kami.
"Dia bukanlah ciri-ciri lelaki yang saya mahukan sebaliknya saya anggap dia sebagai abang dan rakan kerja dalam industri seni muzik," katanya.

Ditanya apakah ciri-ciri lelaki idamannya, Heliza enggan mengulas mengenai perkara itu kerana risau jika ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaku dialah lelaki yang dimaksudkan.

"Saya tak mahu cakaplah apa ciri-cirinya. Sebelum ini saya pernah menyatakan lelaki yang macam mana saya suka dan ada individu ini tampil dan berkata dia adalah lelaki yang saya cari. Takutlah," selorohnya.

Dalam pada itu Heliza yang semakin aktif bergelar penceramah motivasi berharap, penjelasan berkenaan akan memuaskan hati semua pihak dan selepas ini tidak ada lagi pihak yang bertanyakan hal serupa berhubung hubungannya dengan Hafiz Hamidun.
Dalam pada itu Heliza berkata, dia masih lagi hidup solo dan menganggap masih belum tiba masanya untuk mempunyai pasangan hidup.

"Sekarang ini saya terlalu sibuk dengan dua projek iaitu pembikinan album solo berjudulJom dan lagi satu adalah album duet bersama Salima (AF4).
"Menariknya album Jom yang berkonsepkan kerohanian dan zikir turut melibatkan adik saya sendiri, Hazwan Helmi sebagai komposer dan rakan duet. Setakat ini material semuanya sudah siap, tinggal nak rakam sahaja."Untuk album mini bersama Salima pula, kami tampilkan sebanyak tiga buah lagu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Heliza sibuk dengan perniagaan baju muslimahnya, Falah Abiyana bersama rakan niaga yang juga pembaca berita TV AlHijrah iaitu Finaz Yunus.

1 ulasan: