Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 25, selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9 kilogram, tepat pukul 7.40 malam ini di Hospital Prince Court, di sini hari ini.
Ibu kepada artis berkenaan, Datin Habsah Simpon ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, kedua-dua ibu dan bayinya berada dalam keadaan selamat dan stabil.
"Liyana dimasukkan ke wad semalam selepas mengadu sakit mahu bersalin. Suaminya berada di sisinya sehinggalah dia melahirkan anaknya secara normal. "Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh-Nya walaupun terlewat sehari dari tarikh yang dijangka. Amat bersyukur atas kurniaan ini," ujarnya.
Liyana dan suaminya, Fathuddin Mazlan, 29, bergelar suami isteri selepas bernikah pada 2 Februari tahun lalu.
Zain, Rozita kuburkan kontroversi !KETIKA melangkah masuk ke dalam dewan Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam, Selangor mata seolah-olah terpaku dengan keindahan suasana …Read More
Tahniah, dah jadi ibu. Alhamdulillah syukran semuanya selamat. Didiklah anak itu dgn ilmu agama dgn penuh kasih sayang, semoga menjadi keluarga bahagia.
Tahniah, dah jadi ibu. Alhamdulillah syukran semuanya selamat. Didiklah anak itu dgn ilmu agama dgn penuh kasih sayang, semoga menjadi keluarga bahagia.
BalasPadam