Sabtu, 21 Jun 2014

Jimmy Shanley Kongsi Gambar Honeymoon Dengan Isterinya ;)



Rasanya tidak terlambat untuk Murai Batu ucapkan tahniah kepada pengacara Jimmy Shanley di atas perkahwinan kali keduanya bersama seorang wanita muda bernama Mariam yang selamat diijabkabulkan pada 7 Jun lalu.

Murai Batu dengar sejak berkahwin, Jimmy masih lagi bercuti dan dia kini bersama isteri sedang berbulan madu.



IKLAN - Adalah sukar untuk mempercayai, tetapi semua orang bercakap tentang ini ... [ klik sini untuk selanjutnya  ]



Biasalah kalau lepas kahwin, pasti pengantin baru tidak lepaskan peluang untuk berbulan madu sebelum mula bekerja kembali.

Tapi dengarnya jauh juga mereka pergi Honeymoon ni. Malah dari gambar-gamabr yang dikongsi oleh Jimmy dia seperti berada di beberapa negara seperti Itali, Monaco dan Qatar.

Namun dalam banyak-banyak gambar yang dikongsi itu hanya satu gambar sahaja dia bersama isteri dan yang lain hanyalah gambar pemandangan serta bandar yang dikunjungi.

Murai Batu pun tak tahu mengapa Jimmy tidak banyak memuat naik foto bersama isteri. Mungkin Jimmy tak mahu wajah isterinya selalu didedahkan kepada awam ke?Hanya Jimmy sahaja yang tahu.

Apa-apa pun, Murai Batu doakan agar perkahwinan Jimmy kali ini berkekalan hingga ke Jannah hendaknya.

MURAI.COM

0 ulasan:

Catat Ulasan