Sabtu, 21 Jun 2014

Pasukan England digelar 'si bodoh yang suka berpesta' oleh media Britain























Akhbar Britain melaporkan pasukan England kelihatan seperti si 'bodoh' yang hanya tahu 
ingin bergembira dan berpesta meskipun negara itu telah disahkan tersingkir awal di Piala Dunia.


IKLAN - Adalah sukar untuk mempercayai, tetapi semua orang bercakap tentang ini ... [ klik sini untuk selanjutnya  ]

Setelah Costa Rica menang 1-0 ke atas Itali pada Jumaat dan adalah mustahil untuk England mara ke perlawanan seterusnya setelah tewas dua kali, pihak media England mula mencari 'kambing hitam'.

Akhbar-akhbar tempatan menujukan kemarahan kepada Kesatuan Bola Sepak (FA England) yang memberikan lampu hijau kepada pengurus pasukan Roy Hodgson untuk terus berkhidmat – 35 minit sebelum England tersingkir dari kejohanan itu.

Daily Mailberkata ia adalah “satu penghinaan" untuk FA England mengisytiharkan Hodgson selamat dari jawatannya pada masa yang begitu pantas.

Lapor akhbar berkenaan, "[Greg Dyke] sepatutnya berkata: ‘Siapa peduli tentang peminat. Saya akan melakukan apa yang saya mahu.’”

Tambah akhbar itu, “Inilah yang terbaik. Inilah yang kita jangkakan. Inilah kita sekarang. Si bodoh yang sentiasa tersenyum, hanya gembira untuk berpesta.”

“Dyke asyik cakap tentang memenangi Piala Dunia 2022 tetapi dia adalah pihak tanpa sebarang sebarang cita-cita.”

0 ulasan:

Catat Ulasan