Ahad, 21 Februari 2016

Peminat Fanatik Cipta Lagu Untuk Mira Filzah

Pergh! Dalam banyak-banyak pelakon baru yang terlibat dalam industri hiburan, tak pernah lagi admin jumpa ada peminat fanatik yang hasilkan satu lagu khas untuk artis kesayangan dorang.. Artis popular pun tak pernah dapat lagu khas dari peminat fanatik dorang..
Tapi, special sikit untuk pelakon baru yang namanya semakin meningkat naik, iaitu Mira Filzah.. Drama lakonannya yang tengah hangat ‘Cinta Si Wedding Planner’ dikhabarkan telah menerima satu lagu yang dicipta khas oleh seorang peminat fanatiknya..
Memang setiap lirik dalam lagu ini semua ditujukan pada si comel Mira.. admin dengar pun rasa boleh tahan sedap juga tau! Nama peminat fanatik Mira ini ialah Ayi Dizon. Jelas Ayi, lagu dia ni sudah pun didengar oleh Mira..
Apa komen Mira bila dengar lagu ini admin tak tahu.. Boleh cair juga la dengan trick mamat ni nak ngorat Mira.. Muzik video lagu ini dijangkakan akan dilancarkan tak lama lagi..
Sebelum ini, ADMIN ada dengar cerita sebenarnya yang Mira ni dah pun ada teman istimewa.. Sampai dah ada lelaki cipta lagu khas untuk awek sendiri.. Mesti teman lelaki Mira rasa tercabar kan.. Hahaha..
Apapun, admin memang suka dengan si manis Mira ni.. Betul-betul menjaga aurat dan batas pergaulan walaupun dalam berlakon.. Itu yang buatkan ramai lelaki sejati terpikat tu..

sumber - http://wowberita.org/peminat-fanatik-cipta-lagu-untuk-mira-filzah#

0 ulasan:

Catat Ulasan