Ahad, 24 April 2016

Sultan Mizan Lucut Gelaran Dato' Seri MB Terengganu

Sultan Mizan lucut gelaran Dato' Seri MB Terengganu. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman enggan mengulas ketika ditanya mengenai desas-desus penarikan balik darjah kebesaran istana Terengganu yang diberikan kepadanya.

Berita Harian hari ini melaporkan, beliau hanya mengucapkan ringkas ‘terima kasih’ dan menaiki kenderaan rasminya apabila diserbu wartawan sebelum meninggalkan Majlis Perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di Hotel Primula, di sini, sebentar tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Osman Muda turut enggan mengulas apabila ditanya mengenai viral perlucutan gelaran itu.

Sementara itu, BH difahamkan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin belum mengeluarkan titah rasmi berhubung isu perlucutan itu. Difahamkan juga titah mengenai perlucutan anugerah itu hanya disuarakan secara lisan.

Sultan Mizan lucut gelaran Dato' Seri MB Terengganu. Ahmad Razif dianugerahkan pingatSeri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015.

Pagi ini, pada majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016, gelaran Datuk Seri tidak disebut oleh pengacara majlis, sekadar menyebut Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu.

Sultan Mizan berangkat dan merasmikan Persidangan Wakaf Senusantara 2016 itu.

Pada ucapan alu-aluan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharomhanya menyebut Menteri Besar dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman seperti ucapan majlis lain, sebelum ini, lapor FMT. - sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan