Isnin, 23 Mei 2016

Dua Gambar Bakal Suami Juliana Evans Kini Didedahkan Kepada Umum

Sejak tersebarnya gambar figura cantik Juliana Evans bersama seorang lelaki kacak menerusi akaun Instagramnya, Juliana tampil mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan jejaka itu yang berketurunan diraja.

Pelakon Juliana Evans atau lebih mesra disapa dengan nama Jue, memberitahu mereka sudah menjalinkan hubungan cinta
selama setahun dan Jue sememangnya berasa selesa dengan teman lelakinya itu.

Mengulas lanjut, Jue berkata, kekasih hatinya mempunyai karakter yang serupa dengannya dan lebih menyenangkan hati apabila lelaki berkenaan dapat menerima Jue seadanya.

Sama-samalah kita mendoakan agar jodoh pasangan bak merpati dua sejoli ini kekal hingga ke jenjang pelamin dan berbahagia hingga ke jannah.

Sumber: mediahiburan


0 ulasan:

Catat Ulasan