Isnin, 1 Ogos 2016

4 Gambar:Abang Parah Adik Perempuan Putus Kaki


klok
4 Gambar:Abang Parah Adik Perempuan Putus Kaki|Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu putus kaki manakala abangnya parah selepas motosikal dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 24, Jalan Dungun-Bukit Besi, malam tadi.
Nik Siti Sahirah Nik Mazlan, 13, pelajar Sekolah Menengah Padang Pulut, dan abangnya, Nik Shamerulhafizi, 16, dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai berhampiran sebelum dipercayai dirempuh sebuah pacuan empat roda (4WD).
Kejadian dipercayai berlaku 4WD dipandu Khairulanwar Nawi, 19, dikatakan terbabas sebelum memasuki arah bertentangan lalu merempuh motosikal dinaiki dua beradik itu.
Rempuhan menyebabkan kedua-dua beradik itu tercampak hingga Nik Siti Sahirah kehilangan kaki manakala abangnya patah kaki kanan.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
“Pemandu 4WD tidak mengalami kecederaan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
13895424_151805971916830_4285551107150173329_n
13882242_151805888583505_3578171279074771193_n
13891983_151805795250181_2754504228397732960_n

0 ulasan:

Catat Ulasan