Isnin, 7 November 2016

Artis Berdarah Kacukan Paling Popular


Era sekitar 80-an, 90-an lalu, ramai wajah-wajah gadis pan asian diperkenalkan.  Antaranya Sofea Jane, Ramona Rahman, Julia Rais, Deanna Yusof dan ramai lagi.  Dan kini masa beredar, pengganti baru wajah-wajah pan-asian ini juga turut mengambil tempat.

Berikut Media Hiburan Online paparkan lapan wajah artis berdarah kacukan paling popular berdasarkan jumlah followers di Instagram masing-masing. 

1. Emma Maembong - 2.4m followers

Nama asal Emma adalah Fatimah Rohani binti Ismail.  Dilahirkan pada 27 Mac 1992 di Kuala Terengganu, Terengganu.  Emma berdarah kacukan Melayu dari ayahnya Ismail Maembong dan ibunya  berasal dari Scotland. Pernah bercinta dengan Zizan Razak namun terputus di tengah jalan. 

2. Diana Danielle - 690k followers

Isteri kepada pelakon Farid Kamil iaitu Diana Danielle ini baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua mereka.  Diana dilahirkan di Houston, Texas.  Ayahnya berbangsa Amerika dan ibunya orang Melayu Malaysia.

3. Chacha Maembong - 643k

Siti Aisyah atau Chacha Maembong merupakan adik kepada Emma Maembong.  Dia dilahirkan pada 31 Julai 1996 di Kuala Terengganu, Terengganu.  Juga berdarah kacukan Melayu - Scotland.  Masih solo.

4.  Siti Saleha - 507k followers

Siti Saleha Mohd Baharum kini semakin meningkat naik namanya.  Bermula dengan drama bersiri Nora Elena, Saleha terus mengukir nama sehingga ke Indonesia.  Dilahirkan pada 14 Mac 1990 di Basildon England.  Ayahnya berbangsa Melayu dan ibunya Tracey Johnson atau Aishah Rahman berdarah Inggeris.  Abangnya Sam dari kumpulan Bunkface.

5.  Izara Aishah - 410k followers

Izara Aishah binti Hisham dilahirkan pada 29 September 1992 di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor.  Merupakan pemenang tempat kedua dalam pertandingan Dewi Remaja 2009/2010.  Berdarah kacukan Melayu dari ayahnya dan ibunya dari Pakistan.  Izara kini menjalinkan hubungan cinta bersama anak tiri Datuk Siti Nurhaliza.

6. Juliana Evans - 264k followers

Juliana Sophie binti Johari Evans atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans dilahirkan pada 5 Julai 1989 di Shah Alam, Selangor. Jue berdarah Melayu dari ibunya yang berasal dari Perak dan British - Amerika di sebelah bapa.  Pernah juga dikaitkan bercinta dengan Zizan Razak.

7. Raya Ilya - 181k followers

Raja Ramilah Begum Raja Mohamad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya pernah disangka gadis India kerana kebolehannya berbahasa Tamil.  Namun sebenarnya dia berdarah kacukan Melayu dan Malayam.  Raja Ilya baru sahaja memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 2015.

8. Zahirah Macwilson - 162k followers

Zahirah Macwilson atau nama penuhnya Nur Zahirah Binti Zainol Johari Macwilson merupakan antara wajah kacukan yang hangat diperkatakan pada masa kini kerana kisah cintanya bersama pelakon Zul Ariffin. Berdarah kacukan Melayu - Australia.  Kedua ibu bapanya baru sahaja berpisah.

0 ulasan:

Catat Ulasan