Jika anda menonton siaran langsung pentas Gegar Vaganza 3 (GV3) pada malam Ahad lalu, pasti anda perasan salah seorang bintang GV3 iaitu Siti Sarah tiada ketika segmen Ada Lagu Ada Lagi cetus tanda tanya peminat.
Menurut pelawak Shuib iaitu suami kepada Sarah menjelaskan bahawa Sarah tidak sihat sehingga terpaksa pulang awal pada malam itu. Malah, Sarah pitam kerana tidak cukup makan.
“Benar, keadaan kesihatan Sarah tidak begitu baik di konsert keempat yang lalu. Selepas selesai persembahan, Sarah pitam di belakang pentas. Keadaan itu terjadi kerana Sarah tidak cukup makan.
“Tekak Sarah juga koyak. Alhamdulillah, Sarah kini semakin beransur pulih. Dia masih lagi berehat dan belum lagi memulakan sesi latihan untuk minggu ini. Insya-Allah, Sarah akan lakukan yang terbaik untuk konsert seterusnya Ahad ini,” kata Shuib.
Dalam pada itu, Shuib turut mengakui Sarah bersedih kerana mendapat tempat kedua terendah dan hampir disingkirkan di konsert yang bertemakan DuetVaganza itu.
“Sarah memberitahu yang dia sedih dan kecewa. Namun begitu, saya sebagai suami menasihati Sarah agar dia tidak memikirkan lagi mengenai perkara tersebut kerana semuanya sudah berlalu.
“Saya faham apa yang Sarah rasakan kerana sebelum ini saya juga mempunyai pengalaman terlibat dalam program yang dijalankan secara langsung seperti Maharaja Lawak Mega.
“Saya katakan kepada Sarah, apa yang kita rancangkan kadang-kadang tidak akan menjadi. Jika selepas berusaha, perkara yang kurang baik terjadi, pasti ada hikmah. Apa yang penting, buat sehabis baik dan serahkan semuanya kepada Allah,” katanya lagi.
Apapun, penulis doakan Sarah cepat sembuh dan semoga Sarah lakukan yang terbaik untuk konsert yang akan datang.
“Benar, keadaan kesihatan Sarah tidak begitu baik di konsert keempat yang lalu. Selepas selesai persembahan, Sarah pitam di belakang pentas. Keadaan itu terjadi kerana Sarah tidak cukup makan.
“Tekak Sarah juga koyak. Alhamdulillah, Sarah kini semakin beransur pulih. Dia masih lagi berehat dan belum lagi memulakan sesi latihan untuk minggu ini. Insya-Allah, Sarah akan lakukan yang terbaik untuk konsert seterusnya Ahad ini,” kata Shuib.
“Sarah memberitahu yang dia sedih dan kecewa. Namun begitu, saya sebagai suami menasihati Sarah agar dia tidak memikirkan lagi mengenai perkara tersebut kerana semuanya sudah berlalu.
“Saya faham apa yang Sarah rasakan kerana sebelum ini saya juga mempunyai pengalaman terlibat dalam program yang dijalankan secara langsung seperti Maharaja Lawak Mega.
“Saya katakan kepada Sarah, apa yang kita rancangkan kadang-kadang tidak akan menjadi. Jika selepas berusaha, perkara yang kurang baik terjadi, pasti ada hikmah. Apa yang penting, buat sehabis baik dan serahkan semuanya kepada Allah,” katanya lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan