Kota Bharu: Wanita yang mengandung lapan bulan dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret atas tuduhan mencuri di Pasar raya Tesco, tujuh tahun lalu.
Majistret Ahmad 'Adha' Amir Yasser Amir menjatuhkan hukuman kepada tertuduh, Tuan Maziham Yasma Tuan Abdul Wahab, 39, yang mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mencuri dua pasang selipar, enam pasang baju, sehelai baju-T kanak-kanak dan tiga pasang sarung tangan bayi yang bernilai RM165.
Perbuatan itu dilakukannya di tingkat dua Pasaraya Tesco, di sini, pada 3.55 petang, 21 Mac 2009.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
0 ulasan:
Catat Ulasan