SIKIT pun tidak mendatangkan kudis, itulah yang boleh disimpulkan daripada cara anak perempuan pelakon veteran Normah Damanhuri menerima kritikan netizen kerana beraksi lucah semata-mata untuk mempromosikan produk jamunya sebelum ini.
Bukan sahaja tidak mempedulikan kata-kata teguran dan kutukan di media sosial miliknya, Liana Rosli malah bertindak memuatnaik video baharu dengan aksi lebih panas dan mengghairahkan.
Baca: Anak Gelek Lucah.. Normah Damanhuri Tak Kisah?
Dalam video yang dimuatnaik di laman sosial miliknya Jumaat lalu, Liana membuat aksi sedang tidur sebelum terjaga lalu mengambil jamu di atas meja, membaca doa dan memakannya.
Dia kemudiannya mula bergelek mengikut alunan sebuah lagu Tamil dan kembali mengambil jamu di atas meja untuk mempromosikannya.
Apa yang benar-benar memeranjatkan, pada satu bahagian dia mengangkat kedua tangan ke bahagian dadanya dan membuat aksi seolah-olah sedang mengentel putingnya!
Tahap kelucahan yang yang wujud dari aksi itu pasti akan membuat sesiapa pun terngaga mulut.
Normah dalam laporan disiarkan sebuah akhbar sebelum ini dikatakan menyebelahi perbuatan anaknya itu bergelek kerana menganggap ianya berkaitan dengan soal perniagaan.
Baca: ‘Kelentit Rindu’ Bukanlah Nama Lucah – Ahya Rosli
Seorang lagi anak Normah yang juga adik kepada Liana iaitu Ahya Rosli, turut pernah mencuri perhatian netizen kerana isu gambar berkucup dengan kekasih di Instagram dan menamakan kedai shisha miliknya ‘Kelentit Rindu’. – MYNEWSHUB.CC
0 ulasan:
Catat Ulasan