Memaparkan catatan dengan label Hanez Suraya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hanez Suraya. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Januari 2015

Ya... kami baru saja bertunang tadi -Hanez Suraya

Sah Hanez Suraya melangsungkan pertunangan selepas Isyak tadi dengan lelaki pilihannya, Romie Razin Adilha. Majlis diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Hanez di Seremban dan dihadiri keluarga terdekat masing masing. 

Majlis itu menamatkan teka teki dan tanda tanya yang wujud mengenai spekulasi acara pertunangan mereka. 

"Ya... kami baru saja bertunang tadi," katanya yang cantik dengan solekan Chomel dan busana rekaan Fizi Woo. Ternyata jodoh antara Hanez dan Romie masih kuat biarpun sebelum ini dilaporkan cinta mereka putus di tengah jalan. 

Hubungan pasangan ini menjadi perhatian ramai tahun lalu apabila Hanez dikaitkan sebagai perosak rumah tangga Romie dan bekas isterinya yang dikatakan sedang berantakan. Hanez juga berdepan dengan fasa kejatuhan yang mendadak berikutan kontroversi itu. Beliau bagaimanapun enggan mengenang kisah lalu. 

"Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2015. Harap yang terbaik untuk hubungan saya dan tunang," katanya.

Sabtu, 12 Julai 2014

Hanez Suraya Kecewa Dihentam Kerana Jual Syampu



Hanez berasa pelik dengan sesetengah masyarakat yang memandang hina kepadanya sehinggakan perniagaan syampu yang dijalani turut dipertikaikan.


Hanez Suraya Kecewa Dihentam Kerana Jual Syampu  |  Pelakon Hanez Suraya mengakui ada pihak yang memandang rendah terhadap perniagaan syampu jenama sendiri iaitu VLasy yang baharu diceburinya dengan mengaitkan kontroversi-kontroversi yang pernah dilalui sebelum ini.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 28, berkata, dia pelik dengan sesetengah masyarakat yang memandang hina dan suka meletakkan hukum kepadanya sehinggakan perniagaan syampu itu turut dipertikaikan.

"Mereka ini tidak boleh tengok kita senang. Ada sahaja yang nak dihentamnya. Sepatutnya kita jangan memandang rendah kepada orang lain yang ingin berusaha.

"Apa yang yang saya nampak golongan 'keyboard warrior' itulah sebenarnya tidak ada kehidupan sendiri sehingga sibuk mencari salah orang lain di laman sosial," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun tambah Hanez, masih ada lagi peminat yang memberi komen-komen positif mengenai produk syampu itu malah dia turut mendapat tempahan berulang.

Sementara itu Hanez mengakui dia mula terfikir untuk menceburi bidang perniagaan kecantikan rambut selepas bermuhasabah diri sejak pelbagai kontroversi mengenai kisah cintanya timbul.

Syampu VLasy mendapat respons positif daripada peminat-peminat Hanez.

"Selepas pelbagai kontroversi timbul, saya sepikan diri buat seketika. Banyak yang saya belajar lebih-lebih lagi mengenai perniagaan produk-produk kecantikan. Sejak menjadi duta Aurawhite lagi saya sudah berniat mahu mempunyai keluaran produk sendiri.

"Apa yang dah berlaku sebelum ini membuatkan saya lebih kuat untuk teruskan hidup. Diakui memang isu yang timbul telah menggelapkan karier saya tetapi tidak semudah itu untuk saya perlu diam. Jangan biarkan orang tengok kita jatuh.

"Tuhan sentiasa ada di sisi kita. Biarlah apa orang nak cakap, satu hari nanti orang akan tahu cerita sebenarnya. Lambat atau cepat sahaja," ujarnya.

Mengenai syampu VLasy, ia merupakan produk keluaran syarikat Hanez sendiri iaitu H Estrella Beaute yang mempunyai campuran pati buah-buahan dan tumbuhan bagi mengurangkan rambut gugur selain melebatkan rambut.

"Buat masa ini saya jual secara dalam talian (online) dahulu untuk melihat sejauh mana pengguna kita menyokong produk-produk tempatan.

"Setakat ini, Alhamdulillah respons yang diberikan sangat positif, cuma saya perlu kuatkan lagi daripada segi promosi produk," tuturnya.

Rabu, 25 Jun 2014

Hanez sound pedas kepada kaki gossip tempatan !


Hanez sound pedas kepada kaki gossip tempatan! Semenjak meletup kes Hanez Suraya dengan suami orang iaitu Romie Razin Adilha , ramai yang mengeji beliau kerana dikatakan perampas kebahagiaan orang lain .
Yang terbaru khabarnya Hanez Suraya telah memutuskan perhubungan dengan Romie .

Tetapi mulut manusia mana boleh ditutup . kutukan tetap tiba .

Maka keluarlah perkataan dibawah daripada Hanez Suraya :





apa rahsia awek ni  nak beritahu dengan anda  semua ? klik sini

Sabtu, 21 Jun 2014

Hanez Suraya tiada tekanan

KEMBALI mendapat perhatian nampaknya kisah percintaan pelakon Hanez Suraya. Perkembangan terbaharu isteri kepada kekasihnya sudah menarik balik tuntutan fasakh ke atas suaminya Romie Razin Adilha. Menurut ceritanya kedua-dua mereka bersetuju untuk bercerai secara baik. Ketika ini Romie kekal menjadi suami kepada isterinya itu, walaupun sudah ada perancangan yang ditetapkan untuk dia melafazkan talak, tetapi nampaknya bukan dalam waktu terdekat ini. Pada dasarnya Joyah tidak nampak mengapa Hanez yang perlu di beri tekanan, namun tidak dinafikan ada yang mahu mempersalahkan pelakon cantik ini dalam soal ini.

IKLAN - Adalah sukar untuk mempercayai, tetapi semua orang bercakap tentang ini ... [ klik sini untuk selanjutnya  ]


Tidak cukup dengan kata-kata menyakitkan hati, ada yang menghasut Liyana Manan yang juga isteri kepada kekasih Hanez itu supaya menyaman Hanez kerana menjadi orang ketiga. Jika benar Liyana akan meneruskan saman ke atas Hanez, Joyah tidak nampak bagaimana hal ini akan diselesaikan dengan baik. Mungkin akan lebih panjang cerita yang dicipta mereka ini.

Ketika ini Hanez sendiri tidak mahu komen. Mungkin dia tahu kedudukan dirinya dalam soal ini. Jelas Hanez juga faham sebagai kekasih, dia tidak punyai apa-apa hak dalam hidup Romie. Joyah setuju dengan Hanez, jangan campur tangan dalam hal rumah tangga kekasihnya, lebih baik diam sahaja dan menikmati hidup tanpa tekanan.

Memandangkan belum ada sebab untuk Hanez sibuk buat persiapan perkahwinan, Joyah harap baik Hanez fikir sahaja soal kerjaya dahulu buat masa ini.

Secara umum, kita tahu jodoh pertemuan bukan dalam kawalan kita, Joyah ingin menasihati kepada mereka yang tidak sudah-sudah membenci Hanez ini supaya ambil iktibar.

Mungkin hari ini Hanez bercinta dengan suami orang, tetapi jangan terkejut kisah yang sama akan berlaku ke atas diri sendiri.

Sebagai wanita sendiri, Joyah memang fobia dengan perkataan perampas, kadang-kadang orang bukan perlu tahu kisah sebenar untuk buat hukuman. Asalkan jadi wanita kedua dalam hidup lelaki yang sudah berkahwin pastinya kesalahan akan tertumpu kepada mereka.


Ahad, 8 Jun 2014

Hanez Suraya Bengang ? Permohonan Maaf Dipertikai



Walau sudah meminta maaf secara terbuka dan berdiam diri, Hanez Suraya masih dihentam tidak henti-henti oleh masyarakat terutamanya wanita yang merasakan beliau adalah perampas suami orang.

Pernahkah anda cuba nasib anda di sini ? [ klik sini ]



Bengang Hanez apabila ada pihak yang mempertikaikan permohonan maaf beliau walhalnya beliau ikhlas.
“Tak perlulah orang luar sibuk sangat ‘cucuk’ saya untuk mensensasikan keadaan. Cukuplah saya dah minta maaf dan ia datang daripada niat yang ikhlas.”

“Orang di luar tak perlulah nak tahu siapa tapi ikhlas saya cakap ia tak ada kena mengena dengan mana-mana pihak yang pernah ada kes dengan saya sebelum ini.”
“Saya mohon maaf kalau ada buat salah dengan mana-mana pihak, tapi kalau orang taknak maafkan, wallahualam. Biarlah saya buat bahagian saya dulu.”

Memanglah susah mahu puaskan hati semua orang kan? Macam biasa, Hanez harus bersabar dan yakin bahawa ianya akan lenyap apabila mereka yang mengutuk ini sudah bosan.